Soalan Ramalan untuk Ramlan

Soalan ramalan Bahasa Melayu SPM 2007:

Bayangkan anda seorang wartawan Harian Metro. Sediakan satu laporan tentang budaya kuning yang teruk melanda anak muda tempatan. (tidak kurang 25 billion patah perkataan)

Jawapan:

Saya mahu gagal kertas Bahasa Melayu tahun ini. Saya bersedia untuk gagal SPM tahun ini kerana saya tidak tergamak membayangkan diri saya sebagai wartawan untuk surat khabar semberono itu, apalagi untuk mengadu-domba dan memberi tohmahan terhadap golongan muda yang saya wakili. Mereka hanya memfitnah kami untuk mencipta sensasi dan meningkatkan penjualan Harian Metro di kalangan PATI yang gemarkan cerita mistik dan sihir. Saya rasa mereka mahu brainwash kami budak-budak gila ini dan seterusnya dibentuk dalam satu acuan stereotaip serta penuh nilai conformity agak mudah dibela tak ubah segerombolan kambing biri-biri di padang ragut yang patuh dan hanya menunggu masa untuk disembelih. Saya pasti saya akan gagal lulus dalam kertas ini.

Ramlan Basiran

Leave a comment