Berkasih Di Atas Motorsikal

Ini sebuah kisah yang disampaikan oleh seorang rakan. Kisah diceritakan beberapa bulan yang lepas. Aku punya seorang teman. Beliau seorang yang boleh dikategorikan “baik” di hadapan mataku. Sepanjang perkenalan tidak pernah diri ini mendengar kisah akan keterlibatan beliau dengan sebarang pelanggaran undang-undang mahupun pencabulan jiwa nurani sesiapa. Kerana kelebihan beliau itu, aku tidak pernah cuba untuk menyelongkar “sisi gelap”nya kerana beliau memang sangat berbudi bahasa terhadap diri ini. Kisah yang beliau luahkan kali ini agak menyayat kalbu berbanding lain-lain kisah yang pernah diceritakan sebelumnya. Tanggapan aku menjadi bercampur baur. Perasaan bercampur-campur semuanya gara-gara kisah dari temanku ini.

“Malam tadi aku lalu satu lorong gelap dekat area rumah aku. Kau tahu kawasan rumah kedai tu baru dibuka. So gelap gelita beb. Kau tahu apa yang aku nampak?”

“Hah? Apa? Makhluk halus ke?” tanyaku dengan nada beriya-iya membayangkan sesuatu yang bakal memberi sensasi.

“Bukan beb! Tempat tu memang gelap gila. Tiba-tiba aku nampak satu mamat menyorok depan satu awek. Dua-dua pon tengah parking kat atas seat motor. Pehhh! Aku terkejut campur teruja. Lepas tu aku nampak mereka berdua macam menggelabah. Menggelabah teruk punya. So aku bawak kereta slow-slow. Kau tahu apa yang terjadi sebenarnya?”

“Apa hah?”

“Aku sebenarnya nampak orang tengah isap tetek atas motor! Dia nyonyot beb!!!

“Hisap tetek atas motor? wow?!!”

“Betul!! Masa aku lalu sebelah diorang masing-masing menggelabah teruk beb”

Kami saling berpandangan. Mata berkelip buat beberapa detik dan kemudian terhurailah ketawa terbahak-bahak hampir seminit. TUTUP CERITA.

Kisah sebegitu rupa yang disampaikan pula teman yang sebegitu rupa mengundang reaksi aku yang “sebegitu rupa” juga. Di sudut hati aku bertanya, apakah pasangan muda-mudi semakin terdesak? Apakah kadar kelahiran terlalu tinggi sehingga manusia zaman ini kehilangan personal space?

Berat sungguh dugaan yang ditempuh anak muda hari ini terutamanya yang bujang dan merantau pula. Hutang keliling pinggang bersalut standard rate hantaran RM 5000-6000 ke atas, kenduri kahwin yang berprestij dan entah apa kejadahnya lagi. Ini dilema antara nafsu-nafsi. Ragam si anak dan ragam orang tua mereka. Kita harus kembali kepada kasih sayang sebenar. Kita harus tahu betapa emas dan perak pernah meleburkan kasih sayang sejak sekian lama. Sayang sekali sejarah jarang menjadi petunjuk berguna.

Nota kaki: Ada satu lagi kisah yang lebih ekstrim. Subjeknya masih sama cuma lokasinya lebih menyayat hati lagi. Berasmara di atas pokok. Benar! Aku tidak berjenaka tapi itulah yang diceritakan oleh seorang sahabat sebaik pulang dari berkelah di satu hutan lipur. Anak muda semakin aktif dan kreatif sehingga mencuba gaya baru untuk mengelak dicekup penguatkuasa. Asmara ala lotong, ungka dan seangkatannya. Kelakar? Tapi megapa? Mengapa mereka sampai ke tahap begitu? Inilah sebahagian kisah asmara terlarang yang pastinya akan terus terjadi di dunia ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s