An Evening in Sentul

Kau orang semua ada muzik latar (background music) tak? Maksud aku, bunyi-bunyi sumbang yang jelas tak jelas di dalam kepala hotak kau orang? Normal kan kalau macam tu? Tapi agak tormenting sikit bagi aku di petang ini kerana muzik latar yang bergema ialah “An Evening in Paris”.

Berdengung-dengung…

Melantun-lantun…

Sial! Dah berbelas tahun aku tak menonton filem Hindustan yang cult itu tiba-tiba pulak soundtrack-nya menyelinap masuk ke kepala hotak aku yang berjambul ini. Harapnya lagu yang ceria akan membawa hari yang ceria juga. Lusa aku nak berangkat ke Johor Bahru. Nak pergi belajar main deram (bukan mandrem).

Plot Summary: In romantic Paris, two Parisians of Indian origin are in love namely Shyam or Sam and Roopa. Mystery and intrigue surround this romance..

Advertisements

Anda Suka Mencarut?

Adakah anda menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, kedua, ketiga atau pura-pura fasih berbahasa Inggeris pecah (“broken English”) untuk bersosial di dalam disko? Mungkin juga anda sukakan VCD cetak rompak yang hangat dan lasak tetapi ada banyak perkataan yang anda satu hapah pun tak faham? Mari sini, tetapi pastikan anda memilih istilah dengan bijak kerana banyak juga terdapat istilah-istilah tertentu yang hanya mampu difahami oleh pencipta istilah itu (dan 2-3 orang sahabat karibnya.. barangkali). Bahasa rojak, bahasa pasar dan slanga adalah sebahagian dari budaya juga.

Orang berbudi, kita berbahasa rojak 🙂

Menulis Blog Di Pusara

Akaun Blogspot aku sudah pun meninggal dunia (secara virtual). Sia-sia hidupnya selama ini. Hampir setahun lebih bernyawa, hanya satu kiriman sahaja yang mampu direalisasikannya. Amatlah malang nasib blog itu. Sungguh begitu tak manis berkata buruk tentang nasib blog yang sudah mati. Biarlah ia menjadi pengajaran bagi blog-blog lain yang masih hidup. Al-Marhum blog lama itu sudah dihapuskan dan mereput dalam jaringan serat optik duniawi. Diharap blog itu akan masuk syurga virtual hahahaha.

Baru aku sedari yang aku sebenarnya berkongsi tarikh lahir dengan Adolf Hitler. Tak seronoknya. Mungkinkan aku berkecenderungan menjadi autokratik seperti Hitler? Ohhh… TIDAK. Orang-orang Aries sangat lantang. Hidup kambing gurun! Hmm… mungkinkah terjadinya perang hanya kerana berbeza zodiak di masa hadapan? Kalau benarlah perang sebegitu terjadi, pasti orang Pisces senang-senang menjadi “lauk” yang paling teruk kena bantai.

Hahaha.

Selamat Datang 2007

Info Ria:

Nama saya Husni. Saya beusia 13 tahun (pada tahun 1990). Saya agak lemah dalam subjek Matematik Tambahan. Saya sangat suka melancong. Saya tidak suka bermain di bawah kolong. Saya sering mengenang masa silam dan gemar berguling di atas tilam. Saya kurang gemar memakan sayur. Saya rasa hidup ini bagus.

————————————

Ini adalah kiriman yang pertama.

Tahun 2007 adalah tahun melawat Malaysia. Sesiapa yang melawat Malaysia sebelum 1 Januari 2007 (dan pulang pada malam 31 Disember 2006) pastinya hampa kerana tidak dapat merasai nikmat dan hikmat TAHUN MELAWAT MALAYSIA.

Tahun 2006 yang baru berlalu adalah tahun yang bertenaga, realistik dan sedikit kejam (ha ha ha). Sebenarnya tiada apa yang terlalu istimewa untuk dibawa bicara. Menghitung mula dan akhir satu tempoh masa rasanya agak membuang masa. Kita hanya akan dapat nombor, dan tak semua orang akan terkinja-kinja gembira melihat kalendar tanpa sebab… melainkan melihat tanda X hari gaji di kalendar kedai kereta potong yang dihiasi gambar separuh lucah. Kita juga jarang ketemu manusia yang menangis teresak-esak hanya kerana terlihat kalendar.

Pelaksanaan hukuman gantung sampai mati ke atas Saddam adalah bla… bla… bla… bla… bla… bla… dan sesungguhnya bla… bla… bla… malah tindakan itu juga menjurus kepada bla… bla bla bla.. blahhh.. bla… bla bla bla.. bla… bla bla bla.. Gila punya orang.

Al-Fatihah untuk Saddam, seperti juga mereka-mereka (para manusia) yang terdahulu pergi. Tiada siapa teristimewa. Kau dan aku sama sahaja, kita datang dan pergi.. sahabat.

2.44 PM

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!